RAKYAT SUDAH BERSEDIA
Oleh: William Chan
Linda Khoo Hui Li
Taib optimis Sarawak berjaya capai kemakmuran gelombang kedua

FOTO: JEFRI BAKERI
KUCHING, Jumaat – Ketua Menteri Pehin sri Dr. haji Abdul Taib Mahmud optimis usaha untuk melonjak negeri ini mencapai kemakmuran dalam gelombang kedua akan berjaya.
Optimise itu lahir dari hakikat bahawa sudah ketara wujud iltizam dan kerjasama erat antara usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera, katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran buku berjadual “Abdul Taib Mahmud 41 Years In The news” di sebuah hotel di sini petang tadi.
Menurutnya, sinergi yang tidak dibataskan oleh perkauman baik di Bandar mahupun luar bandara sudah menjadi sikap semula jadi yang diamalkan rakyat di negeri ini yang beliau dapat saksikan sepanjang empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang politik dan sebagai pemimpin negeri ini.
“Saya percaya Sarawak sudah bersedia untuk bergerak maju dalam gelombang kedua kemakmuran kerana rakyat sudah ketara serasi dengan pemikiran yang dicetus oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggerakkan peningkatan taraf sosioekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera menjadi keutamaan menjelang tahun 2020,” katanya.
Pelancaran buku yang ditulis oleh Speaker Dewan Undangan Negeri dato Sri Mohd. Asfia awing Nassar.
Kata Taib, kejayaan yang tercapai di negeri ini sepanjang kepimpinan beliau banyak dibantu oleh rakan – rakan Kabinet beliau baik pemimpin yang baru mahupun barisan pemimpin Kabinet sebelum beliau, termasuklah Datuk Patinggi Dr. Wong Soon Khai.
Kesetiaan dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin seperti Datuk Patinggi Alfred Jabu, Tan Sri Datuk Amar dr. george Chan, Dato Sri Haji Adenan Satem dan Dato Sri Abang Johari turut memungkinkan kemajuan dicapai denan cemerlang, tambahnya.
“Terima kasih kepada semua pemimpin dan juga rakyat jelata yang memainkan peranan aktif dan penting dalam pembangunan negeri Sarawak,” ujarnya.
Ketika mengimbas kembali detik – detik awal ketika beliau diminta untuk menerjuni bidang politik sebaik saja beliau lulus bidang perundangan dari Australia, Pehin Sri Taib berkata keraguan dalam diri beliau mendapat dorongan dari isteri beliau Datuk Amar Puan Sri Hajah Laila yang menasihatkan beliau agar melakukan apa saja yang beliau rasa sesuai dan Laila berikrar untuk mejadi pendorong kepada apa jua keputusan beliau itu.
Isterinya, katanya, sehingga ke hari ini, tidak pernah luntur sokongan dan dorongan sepanjang empat dekad perjuangan dalam politik.
Pehin Sri Taib berpuas hati beliau berupaya menghadapi cabaran getir dihadapi cabaran getir di peringkat awal dan mendapati perjuangan beliau pada hari ini
Semakin lebih mudah kerana wujud ramai pemimpin pelapis yang sudah memahami falsafah dan pendirian beliau dalam memimpin negeri ini. Antara tetamu yang turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Amar Puan Sri Hajah Laila, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kewangan II Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Perumahan Dato Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Haji Mohd. Naroden Majais dan Pengerusi Persatuan Penyokong Kerajaan Abdul Karim Rahman Hamzah.