PBB Sepintas Lalu
Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
pada asalnya ditubuhkan daripada percantuman tiga buah parti di Sarawak iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan
Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti
Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).
Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan
membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi
dan sosial.
Sejarah
awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Setiausaha Agung BARJASA yang
muda dan idealistik ketika itu iaitu Ketua Menteri dan Presiden PBB sekarang,
iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
PANAS
merupakan parti politik kedua ditubuhkan di Sarawak pada 9
April 1960. Ia diasaskan
oleh Datu Bandar Abang
Haji Mustapha kira-kira 10 bulan selepas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti politik
pertama di Sarawak didaftarkan.
Pada peringkat permulaannya, parti ini tidak
mendapat sokongan yang menggalakkan daripada orang Melayu sendiri tetapi selepas
dua tahun, PANAS mula diterima apabila seramai 62,795 ahli menganggotainya.
Ketika itu PANAS
sudah menubuhkan 65 cawangan di
seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000
orang Melayu, 20,000 suku kaum Iban, 10,000 suku kaum Bidayuh termasuk
beratus orang lain daripada kaum Cina.
Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi
pada 9 April 1960, Datu
Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi
dan adiknya Abang Othman dilantik sebagai Setiausaha
Agung. Abang Othman meletakkan
jawatan sebagai Timbalan Penguasa
Polis untuk sama-sama mengasaskan parti
tersebut.
PANAS mendukung tujuan melindungi, memelihara dan
memajukan kepentingan politik, pelajaran, keagamaan, ekonomi, sosial dan
kebudayaan rakyat seluruh negeri khasnya bumiputera.
Diantara tokoh
yang menjadi tulang belakang
PANAS ialah seperti Tan Sri Datuk Ikhwan Zaini selaku Ahli
Majlis Tertinggi, Naib-Naib Pengerusi ialah William
Tan, Edward Jerah dan Austin Jaya.
Manakala Penolong
Setiausaha Agung disandang oleh Lo
Foot Kee dan Andrew Landau.
Bendahari pula ialah Tan
Tsak Yu dan penolongnya Leong Ho
Yuen. Ahli-Ahli
Jawatankuasa terdiri daripada Penghulu Haji Dol Osman, Abong Taib, Jalel Ubong, Stephen Harry, Edward
Menlis, Sim Peng Cho, Chin Poh Luke
dan Ngui Ah Sin.
BARJASA ditubuhkan
pada Disember
1961 sebagai alternatif
kepada masyarakat Islam dan mendapat sokongan kuat daripada
orang Melayu dan suku kaum
Melanau daripada bahagian Sri Aman dan Sibu.
Ia dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang
dan Encik Alfred Unteng Mason selaku
Setiausaha Agung.
Penyertaan keahlian kebanyakannya
daripada golongan muda yang berpelajaran.
Diantara mereka ialah Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau adalah diantara
beberapa tokoh yang memainkan
peranan dibelakang tabir BARJASA
untuk menggerakkan jentera
parti.
PESAKA
atau dikenali juga sebagai PAPAS ditubuhkan
pada Julai 1962 dan merupakan parti
kedua kaum Iban selepas
Parti Kebangsaan Sarawak
(SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Ia
ditubuhkan untuk menentang SNAP
yang mendapat sokongan kuat
daripada kaum Iban Sibu.
Tun Jugah yang dulunya menganggotai PANAS meninggalkan
parti tersebut untuk bersama-sama
empat orang pemimpin daripada
kaumnya iaitu dari Sibu mengasaskan PESAKA.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963,
BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA
(Persatuan Cina Sarawak) membentuk sebuah
Parti Perikatan pada
Julai 1962. Ia dipengerusikan
oleh Tun Jugah dan Datuk Stephen Kalong Ningkan
sebagai Setiausaha Agung.
Walau bagaimanapun
PANAS menarik diri daripada Perikatan menjelang pengundian
untuk menyertai parti pembangkang iaitu SUPP.
Selepas pilihanraya, Parti Perikatan ternyata
mendapat keputusan yang menyakinkan dan
membentuk Kabinet Negeri yang
pertama dan Datuk Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua
Menteri pertama
manakala Tun Jugah dilantik
menganggotai Kabinet Persekutuan
di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Diantara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak
mengalami pergolakan yang hebat
disebabkan terlalu banyak
parti politik sehingga mencetuskan krisis
demi krisis yang sesetengahnya
berbau perkauman. Krisis ini
akhirnya tamat dengan pengyingkiran Datuk
Ningkan sebagai Presiden SNAP.
Menggantikan tempat
Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri
baru ketika itu
ialah Penghulu Tawi Seli.
Didalam kabinetnya mempunyai
tiga orang ahli PESAKA termasuk
beliau sendiri, dua ahli BARJASA termasuk Datuk Patinggi Taib dan seorang ahli
PANAS. PANAS menyertai
semula perikatan hanya sebelum
pengyingkiran Datuk Ningkan.
Sarawak mencapai satu satu lagi kemajuan didalam
politik apabila BARJASA
dan PANAS bercantum
membentuk Parti Bumiputera dalam bulan Mac
1968. Datuk Patinggi Taib
menjadi penggerak utama kearah
percantuman itu.
Parti
Bumiputera diketuai oleh Allahyarham
Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini dengan
Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha
Agung.
Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh
apabila Parti BUMIPUTERA dan PESAKA
bercantum melahirkan Parti PBB
pada 30 April 1973.
Tun Jugah
yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal
Sarawak telah dilantik sebagai Presiden
pertama PBB.
Datuk
Patinggi Taib memegang jawatan Presiden
PBB secara automatik apabila
memenangi jawatan Presiden
tanpa bertanding pada 1981
sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu
komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah mengukuhkan
lagi kedudukan Bumiputera.
Sejak
penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat
dengan banyaknya sehingga kini dalam 56
Bahagian, ahli-ahli telah
menjangkau 300,000 orang dengan
lebih 1,000 cawangan di
seluruh negeri. Ia disokong penuh oleh kaum
Bumiputera terutama golongan
Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh
dan Orang Ulu.