|
PERUTUSAN YAB PEHIN SRI DR. HAJI ABDUL TAIB MAHMUD |
Terlebih
dahulu, saya ingin mengucapkan syabas kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa
pengelola atas daya usaha mereka membuat segala persiapan bagi membolehkan
Perhimpunan Agung Ke-10 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dijalankan dengan baik
dan lancar.
Kestabilan
politik dan keutuhan Kerajaan BN memerintah di Sarawak tetap menjadi kebanggaan
kita bersama. Ini terbukti semasa Pilihan Raya Negeri bulan September 2001, di
mana BN mendapat mandat yang jelas daripada rakyat sambil PBB memenangi semua
kerusi yang ditandingi. Keputusan ini menunjukan bahawa rakyat mempunyai
keyakinan terhadap BN dan dasar pembangunan yang telahpun mengubah corak hidup
rakyat jelata.
Sebagai
tulang belakang bagi kerajaan Negeri, adalah menjadi tanggungjawab PBB untuk
memenuhi mandat tersebut. Kita harus berpegang teguh keatas komitmen untuk
meneruskan perjuangan parti demi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dalam
era globalisasi.
Setakat
ini, kita telah pun berjaya menjalani proses transformasi sehingga mampu
menghadapi cabaran realiti baru dengan lebih yakin lagi.
Dalam
menghadapi cabaran dunia baru dan ancaman globalisasi, seluruh tenaga dan
pemikiran rakyat perlu digembling supaya menjadi lebih inovatif, kreatif,
berpengetahuan dan berkemahiran kerana menyedari bahawa bentuk pembangunan kini
semakin menjurus kepada pengkomersilan yang berasaskan K-ekonomi.
Selaras
dengan tema Perhimpunan Agung kali ini, iaitu, ”Bersama melangkah ke era
globalisasi dan teknologi maklumat”, ahli PBB seharusnya memainkan peranan
lebih giat lagi untuk menentukan bahawa segala sumber yang ada perlu disatukan
bagi mempertingkatkan keyakinan, keupayaan dan kekuatan dalam semua bidang
terutama teknologi maklumat dan komunikasi untuk mebolehkan golongan Bumiputera
bersaing dengan mana-mana kaum.
Saya
ingin menyeru setiap ahli PBB berganding bahu memainkan peranan secara aktif
dalam politik pembangunan dan mengikiskan fahaman politik sempit yang hanya
berjuang untuk kepentingan diri.
Sekian,
terima kasih dan selamat maju jaya.
BERKORBAN
BERSATU MENJAMIN KEMAJUAN
(Datuk
Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud)
|
|